LATAR BELAKANG AGENSI



Majlis Daerah Beluran adalah satu Badan Kuasa Tempatan dibawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang ditubuhkan pada tahun 1961.

Keluasan Majlis Daerah Beluran lebih kurang 4,590 ekar meliputi dua (2) kawasan pekan seperti berikut:

1. Pekan Beluran yang mempunyai keluasan lebih kurang 3,840 ekar.

2. Pekan Kecil Paitan seluas 750 ekar dan masih lagi dalam tahap untuk di bangunkan.


Majlis Daerah Beluran mula diwujudkan pada tahun 1972 dengan hanya seorang kerani di mana pada mulanya Majlis ini ditadbir oleh Pejabat Daerah Beluran. Pada tahun 1974 Majlis Daerah Beluran mempunyai seorang Pegawai kerja, dua ( 2 ) orang pekerja tetap dan tujuh ( 7 ) orang buruh kasar.

Pada keseluruhannya Majlis Daerah Beluran telah ditadbir oleh 18 orang Ahli Majlis, seorang pegawai Eksekutif yang dilantik oleh kementerian kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Pengerusi Majlis adalah Pegawai Daerah Beluran. Pengurusan majlis mula berpindah ke bangunan sendiri daripada bangunan Pejabat Daerah Beluran pada 01. Januari, 1993. Pegawai Eksekutif yang telah berkhidmat di Majlis Daerah Beluran adalah seperti berikut:

NAMA / TAHUN BERKHIDMAT

EN. DENNIS TWEENING RANTAU ( 1974 hingga 1978 )
EN.ALFRED MARUKIN MASANG ( 1979 hingga 1987 )
EN.HAJI ABDUL WAHAB HAJI ALFAH ( 1987 hingga 1988 )
EN.ALFRED MARUKIN MASANG ( 1988 hingga 1991 )
EN.WOLFRED MAARUF GANTIU ( 1991 hingga 1995 )
EN.JOHANIS MUALAS ( 1995 hingga 2001 )
EN.ALFRED MARUKIN MASANG ( 2001 hingga 2003 )
EN.ADAM VALENTINE ( 2003 hingga 2005 )
EN.MOHAMAD RAFIK HAJI ABDUL JUBAR ( 2005 hingga 2006 )
EN.SOUDI SAMY @ ANDANG ( 2006 hingga 2009 )
EN.HAMSAD HAJI ABDUL WAHID ( 2009 hingga 2012 )
EN.HUIL BIN BINUA@BENUA ( 2012 hingga 2014 )
EN.WOLFRED MAARUF GENTIU ( 2014 hingga 2016 )
EN.HARUN BIN ARIFFIN ( 2016 hingga 2019 )
PN.KAMARIAH BINTI ISMAIL ( 2019 hingga 2023 )
EN.HUIL BIN BINUA@BENUA ( 2023 hingga Sekarang )